Tangguh

Berikan aku ilham:

Ketika mengunjungi sebuah bazaar, saya melewati sebuah kaunter menjual produk pelansingan badan. Disitu seorang jurujual berperwatakan menarik, berkebaya ramping, berhias bunga di kepala dan berbau harum, tersenyum comel sambil menegur saya...." 
Sinopsis yang telah tidak bertambah sejak 2 hari yang lalu. Baru mukasurat ke 3 tapi dah kekeringan idea dan motivasi untuk meneruskannya. Asyik tertangguh-tangguh.

Nak tahu betapa besarnya kuasa menangguh? Cermin divider tandas yang berkabus telah di gilap bersih. Hamparan yang selalu hampa telah disedut kemas. Rambut telah ditocang comel.

Saya teringat pengalaman semasa belajar secara sambilan beberapa tahun yang lalu.
Perlu bekerja pada siang hari dan menghadiri kuliah selepas itu, dan pulang ke rumah hampir lewat malam. Perkara ini berlaku selama hampir 2 tahun, sebelum saya menamatkan pengajian dengan "grade" yang baik juga

Seperti pelajar lain, kami perlu menyiapkan pelbagai jenis "assignment", dari semudah sehelai kertas jawapan kepada sebuku kertas laporan. Setiapnya dari nya menuntut ketekunan masa dan kesungguhan untuk menyiapkannya. Dan setiap itu juga, akan ada perasaan untuk mahu menangguh-nangguh.

Saya bukan lah orang yang mahir atau meminati bidang masakan. Tetapi setiap kali ada"assignment" yang perlu disiapkan, pasti akan ada pelbagai juadah tersedia di atas meja. Pinggan mangguk tiada yang tidak berbasuh di dalam sinki. Memotong rumput di hadapan rumah pun telah menjadi hobi !

Berbalik kepada penulisan yang sedang terbengkalai, ketika update ini di tulis, ia sudah terbengkalai hampir 2 minggu lamanya. Setiap hari, tat kala bangun dari tidur, saya akan mengingatkannya. Perasaan ini, memang tidak menyeronokkan. Saya asyik berdoa kepada Alllah, agar dapat membantu saya 







Leave A Comment