Aktiviti berucap, teks ucapan ini telah diedit dari teks ucapan asal YB PM sempena sambutan tahun baru. Kelas seterusnya mungkin tidak dapat di hadiri untuk beberapa lama. Dan untuk beberapa lama jugalah saya akan lambat mahir berucap :)
Hadirin Yang DiHormati,
Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
hadirin hadirat Sekalian,
1. Alhamdullilah, beberapa
hari yang lalu, kita telah menyambut tahun baru 2013. Sebagai rakyat Malaysia
kita perlu berterima kasih, dan bersyukur kerana kita telah menyambut tahun ini dengan pelbagai kejayaan dan pencapaian.
2. Tahun 2012 telah
menyaksikan pelbagai usaha yang telah di lakukan oleh
kerajaan yang telah membawa kepada pertumbuahn
positif, baik dari segi social, ekonomi dan politik.
- Di peringkat antarabangsa misalnya, Malaysia telah
diletkkan sebagai negara ke-12 paling mudah berurus niaga di dunia
- manakala
laporan “World Competitiveness 2012” pula telah menempatkan Malaysia sebagai
negara ke-14 paling berdaya saing di dunia.
Kesemua ini adalah hasil dan
berkat dari usaha kerajaan bersama kita semua rakyat Malaysia yang telah
sama-sama berganding bahu, dalam merealisasikan kejayaan dan pencapaian ini.
Hadirin dan hadirat Yang
DiKasihi,
3. Dalam menangani cabaran
yang bakal mendatang untuk Tahun 2013, serta dalam rangka membina kejayaan yang
berterusan, kita perlu mengambil iktibar dan pengajaran dari pengalaman yang
lalu.
- Apa
yang baik dan telah terbukti berjaya perlulah kita teruskan
- Manakala,
apa yang terbukti gagal patut ditamatkan dan diambil teladan.
Untuk meneruskan usaha bagi
memastikan Malaysia menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi, kita
perlu menyokong 3 asas yang telah di cadangakan oleh yang berhormat PM di dalam
teks ucapan beliau pada Tahun Baru yang lalu.:
4. Pertama, kita perlu memberi
sokongan kepada kerajaan bagi meneruskan agenda mengukuhkan perpaduan
Kebangsaan.
- Seperti
yang ktia sedia maklum, teras kepada perpaduan kebangsaan adalah berpandukan kepada
Falsafah, - 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
- Sebagai
rakyat Malaysia yang berbilang kaum, kita perlulah sama-sama berusaha untuk
hidup dengan aman dan sejahtera dan menghormati antara satu sama kita, tidak
kira warna kulit, agama atau fahaman politik.
6. Kedua, kita harus
bersama-sama dengan kerajaan dalam meningkatkan kemakmuran negara dengan
memastikan pertumbuhan ekonomi yang berterusan.
- Untuk
mencapai hasrat ini, setiap dari kita perlu menyuburkan daya imaginasi dan
membina minda keusahwanan,
- Setiap
dari kita juga, perlu sanggup bekerja keras, penuh kreativiti, inovasi dan
perlu berani mengambil sebarang risiko yang mendatang.
7. Akhir sekali, kita perlu memastikan
Malaysia menjadi tempat terbaik untuk membina sebuah kehidupan.
- Seperti
yang kita tahu, tempat terbaik untuk berkeluarga dan membesarkan anak-anak
adalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat penyayang, sistem keluarga yang
kukuh dan system kejiranan yang saling menjaga antara satu sama lain.
- Selain
itu, kita perlulah bersama-sama membantu
kerajaan dalam membenteras jenayah dan menjaga alam sekitar, disamping mmberi
sokongan padu kepada setiap usaha kerajaan di dalam merencanakan system
pembelajaran dan pendidikan yang berkualiti.
Hadirin Yang DiHormati,
9. Marilah kita tanyakan kepada
diri kita, apakah yang mampu kita lakukan untuk menentukan apa yang kita
impikan akan tercapai.
- Tidak
ada istilah sumbangan kecil atau besar, sebaliknya yang ada hanyalah
kesanggupan melakukan sesuatu.
- Marilah
kita bersama-sama menjadikan impian ini
suatu realiti.
- Dan
marilah bersama-sama bergerak dan bekerja keras, bagi membina sebuah masa hadapan
yang terbaik, untuk negara dan generasi di masa hadapan.
13. Akhir kata, saya
mendoakan agar Tahun 2013 ini akan menjanjikan kerahmatan kepada kita semua.
Selamat Tahun Baru 2013.
Wabillahi Taufiq Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Categories:
Jurnal