Pakar Teh Tarik

Agenda sarapan: roti canai. 
Lokasi: kedai mamak on the block - satu-satunya restoran di blok pejabat. 


Setiap pagi, teh tarik adalah kemestian. Menjadi peminat tegar teh tarik sejak begitu lama, saya boleh mengagak dengan tepat, kualiti dan kesedapan setiap cawan yang di hidangkan, hanya dengan melihat warna, kepekatan dan aroma bagi setiap cawan yang di hidangkan.
 
Secawan lagi teh tarik, versi ais semasa makan tengahari - terutamanya pada hari-hari yang terlewat makan. Jika perlu balik lewat pula, secawan lagi sekitar jam 6.30 petang untuk makan malam. Pendek cerita, 3 cawan sehari tu perkara biasa. 

Pernah dengar itu ini tentang teh cap x la, kene pijak dan macam-macam. Setia kepada Teh Tarik unconditionally.  





Leave A Comment