Selamat pagi working bee! Jeritan jam loceng yang tidak menghiburkan
Seperti biasa, untuk sampai awal pagi, perlu bangun seawal pagi dan bertolak seawal pagi. Bagi yang perlu melalui tol batu 3, masuk tol Subang dan keluar dari tol Damansara pasti tahu betapa sesaknya daerah itu. Pasti anda juga akan sanggup bangun seawal saya. Perlu bersiap-siap juga walau dalam keadaan mengantuk.
Tiba di kawasan pejabat sekitar jam 7.30 pagi. Lebih satu setengah jam awal dari punch-card, lebih dari cukup untuk layan tidur sekejap di dalam kereta kemudian keluar ber roti canai.
Dari kejauhan, sebuah myvi putih kelihatan mempunyai rutin yang sama - berhenti dan tiada selepas itu kelihatan si pemandu keluar ke mana-mana. Selepas seminggu, baru tahu rupanya si pemandu adalah teman pejabat yang sama. Berulang-alik setiap hari dari Serdang dan pengguna lebuh raya LDP, beliau juga sleep deprived macam saya.