Mari bercerita

Teks ucapan untuk dibaca pada hujung minggu ini - tiada kaitan dengan jahitan, atau membuat bunga :)



Hari ini saya akan bercerita tentang sebuah novel klasik cina yang telah di terjemahkan ke bahasa Inggeris yang bertajuk “My life as Emperor”.

Novel ini ditulis oleh penulis “best selling” terkenal bernama Su Thong. Beliau dilahrkan pada  tahun 1963 dan kini menetap di Nanjing China. Beliau pernah mendapat pengiktirafan dunia apabila salah sebuah dari novel beliau yang bertajuk “Raise the Red Lantern” telah di filemkan dan di calonkan di Academy Award. Pada peringkat Asia, beliau pernah menerima anugerah the “Man of Asian Literary Prize” pada tahun 2009. Beliau telah menulis 7 buah novel, dan lebih dari 200 cerita pendek yang telah di alih ke pelbagai bahasa.

Buku yang setebal lebih 400 muka surat ini mengisahkan kehidupan seorang Majahara yang hidup pada zaman Dinasti Xie. Telah berlaku pergolakan keluarga dan perebutan kuasa dan akhirnya beliau telah meningglkan tahta dan menjalani kehidupan sebagai rakyat biasa.




Buku ini terbahagi kepada 3 bahagian. Bahagian pertama berkisar sekitar kehidupan beliau ketika di zaman remaja, pengenalan watak-watak utama di dalam keluarga di raja, watak dan subjek misteri dan menjaditanda tanya, perlantikan beliau menjadi Maharaja dan pergolakan keluarga. Bahagian ke dua membawa Maharaja ke zaman dewasanya, iaitu ketika beliau melalui zaman percintaan, perkahwinan, pergolakan keluarga dan Negara, yang menyebabkan beliau membuat keputusan untuk  meningglkan tahta.Bahagian ke tiga menceritakan kesukaran beliau mengharungi kehidupan sebagai rakyat biasa, usaha beliau untuk mencapai cita-cita untuk menjadi seorang penghibur sarkis dan kejatuhan Empayar Xie yang pada suatu dahulu pernah berada di bawah pemerintahannya.

Kenapa saya tertarik dengan buku ini.

Salah satu cara untuk saya merehatkan minda adalah dengan membaca Novel klasik cina. Novel klasik cina adalah satu bacaan yang menarik kerana penggunaan bahasa tinggi yang indah, terdapat baris-baris puisi yang mengasyikkan, penuh dengan gaya dan tata bahasa, perinician budaya, adat resam dan nilai kemanusiaan. Pendek kata, setiap kali membaca nya, saya akan berada di dunia khayalan sendiri dan setiap kali habis membaca, saya akan membaca nya kembali.  

Selain itu, Novel klasik cina juga banyak mengajar saya agar sentiasa berinteraksi dengan alam. Sebagai contoh nya penulis novel ini banyak membuat perumpamaan manusia adalah seperti burung, dan langit adlah seperti sebuah kehidupan.  Namun, cabaran utaman membaca novel klasik adalah untuk mengingati watak-watak yang pelbagai. Untuk tujuan hari, saya akan mengetengahkah watak-watak utama sahaja dan akan menggunakan kata nama yang bersesuaian bagi setiap watak, agar mudah didengari dan dikenali..

Bahagian pertama

Bahagian pertama bermula dengan kata-kata pembukaan yang indah, dan bercerita tentang kematian seorang Maharaja:

“Matahari kelihatan seperti kuning telur yang tercegat dibelakang Gunung itu, pada pagi yang sarat dengan embun yang membeku, di mana ayahanda saya seorang Maharaja telah meninggal dunia. 

Watak utama dalam cerita ini adalah seorang Maharaja yang bernama Duanbai. Ketika di tabalkan, beliau hanya berusia 14 tahun. Ayahanda beliau yang telah mangkat, telah memerintah Empayar Xie yang aman damai selama 30 tahun.

Adalah menjadi resam Maharaja china zaman dahulukala untuk mempunyai anak-anak dari isteri-isteri dan perempuan simpanan yang ramai. Konflik keluarga bermula apabila beliau, dipilih menjadi Maharaja, sedangkan beliau bukanlah putera yang pertama.  Bermula dari pertabalan itu, beliau telah di cemburui dan dimusuhi oleh putera-putera dan seluruh kaum keluarga. Kehidupan beliau telah menjadi sunyi, membosankan  dan beliau telah menjadi seorang Maharaja boneka yang tidak bahagia. Saudara-saudaranya pula, sering ingin membunuhnya.

Si iri-hati bernama Duwanwen adalah saudara tiri, iaitu putera di raja pertama. Beliau telah menuntut haknya untuk menjadi Maharaja sejak kematian ayahandanya.  Beliau adalah diantara yang telah selalu merencanakan pelan pembunuhan. Sikap nya yang panas hati dan terburu-buru sejak dari zaman remaja, akhirnya mendatangkan bencana kepada keluarga dan seluruh Empayar.  

Nenek Huangfu adalah nenda kepada Maharaja. Beliau adalah seorang yang berkuasa dan berpengaruh, membuat setiap perancangan dan keputusan di dalam pemerintahan.Beliau juga adalah seorang yang tegas dan mementingkan diri sendiri. Sebagai contohnya, demi kepentingan politik Maharaja telah di paksa untuk mengahwini dengan seorang puteri yang juling dan berperangai aneh. Di sebalik  pemerintahan beliau selama 8 tahun, nenda telah menyimpan rahsia tentang perlantikan sebenar pengganti Maharaja.

Adalah menjadi resam setiap putera raja mempunyai seorang pengasuh sejak dari kecil. Watak ini diberi nama Mentor JeuKong. Beliau adalah seorang yang penyayang, pendidik dan mentor yang berilmu. Beliau memiliki sebuah risalah kehidupan misteri yang bertajuk The Analect. Beliau juga adalah seorang pelingdung yang setia. Setiap kali ada cubaan membunuh Maharaja oleh si Iri hati Duanwen, beliau lah penyelamatnya. Namum beberapa hari selepas Maharaja ditabalkan, Mentor JeuKong telah di arahkan untuk meninggalkan Istana. Ini bagi memberi ruang kepada Maharaja untuk berdikari. Pada hari mereka berpisah, suasana menjadi begitu sedih sekali, Mentor JeuKong telah memberikan risalah misteri beliau kepada Maharaja dan berharap suatu hari nanti, Maharaja akan membacanya. Beliau telah pergi membawa diri ke sebuah biara bernama Bitter Bamboo Monastery.

Namun, perpisahan yang menyedihkan kembali gembira dengan kehadiran seorang orang suruhan yang bernama si setia Swallow. Beliau adalah seorang yang sangat setia dan sanggup melakukan apa sahaja untuk Maharaja.  Kali pertama si Setia Swallow melaporkan diri ken istana untuk berkhidmat kepada Maharaja, beliau hanya berusia 12 tahun. Selain menjadi orang suruhan yang setia, beliau juga adalah rakan sepermainan Maharaja yang menghiburkan. Apabila meningkat dewasa, beliau telah menjadi seorang rakan dan pendengar yang setia, pelindung dan penjaga, dan telah berkorban diri beliau untuk Maharaja. 

Satu peristiwa penting telah berlaku ketika Maharaja remaja. Pada satu hari, beliau dan si setia Swallow telah mencuri keluar dari istana dan pergi ke bandar sarkis bernama Pinzhou untuk menyaksikan satu pertunjukan sarkis. Maharajaa begitu kagum melihat aksi penghibur sarkis yang boleh berjalan di atas tali. Apabila pulang ke istana, beliau memberitahu si setia Swallow - menjadi penghibur sarkis yang boleh berjalan di atas tali adalah lebih menyeronokkan daripada menjadi Maharaja. Saya tidak mahu menjadi Maharaja.Saya mahu menjadi seorang penghibur sarkis yang boleh berjalan di atas tali. -

Di akhir bahagian satu, mucul satu watak misteri yang bernama si gila - Sun Xin. Beliau adaah bekas orang suruhan istana yang kusut masai dan kelihatan seperti orang gila. Beliau sering dihalau keluar setiap kali berlegar-legar di sekitar istana, sambil menjerit-jerit mengeluarkna kata-kata sumpahan yang berulang-ulang – “Kebakaran telah padam, Dan malapetaka akan menimpa empayar ini!.” Walau tidak memahaminya, Maharaja sering melindunginya. Di akhir cerita ini, akan terungkai misteri, siapakah  sebenarnya orang gila ini.

Bahagian ke dua (bersambung - tengah taip)

Leave A Comment