Mari bercerita - Bahagian 3

Tiada kaitan dengan jahitan atau membuat bunga - habis juga akhirnya :|


Bahagian 3

Bahagian ke tiga menceritakan perjalanan kehidupan Maharaja setelah menjadi rakyat biasa. Ia dimulakan dengan satu pembukaan yang dramatik, yang berbunyi seperti berikut:

 “Dalam keterikan matahari dan musim panas yang berlumpur, saya memulakan hidup sebagai rakyat biasa.”




Bersama Si Setia Swallow, Maharaja mengenakan pakaian rakyat biasa, yang kelihatan seperti seorang pedagang, lalu pergi meninggalkan istana. Sejak dari itu, Maharaja mengalami kehidupan yang sanagt sukar. Telah berlaku pelbagai pergolakan emosi yang hebat. Ada ketika Maharaja hilang akal dan berkata nista kepada dirinya sendiri. Namum Si Setia Swallow setia hanya mendengar dan tidak berkata-kata.

Mereka membawa bersama, sedikit wang emas sebagai bekalan, bersama risalah misteri the analects yang ditinggalkan oleh si mentor jue kong untuk Maharaja.  Mereka berjalan kaki meninggalkan istana dan menuju ke kampung halaman Si Setia Swallow. Namum, di pertengahan perjalanan, mereka telah di rompak. Kesemua wang emas telah diambil kecuali risalah misteri yang hanya di simpan dan tidak pernah di baca oleh Maharaja. Risalah ini tidak boleh hilang kerana ada cerita nya selepas ini. Akibat dari peristiwa yang malang itu, Si Setia Swallow telah menangis kesedihan. Beliau berkata – Wahai Tuanku yang saya kasihi, bagaimana dapat saya menjaga Tuanku selepas ini?

Kehadiran mereka di kampung telah di sambut oleh kedua ibu bapa Si Setia Swallow dengan tangisan. Beliau telah berkhidmat kepada istana dan Maharaja dengan sebegitu lama. Maka mereka berharap si anak akan pulang ke kampung halaman dengan membawa kekayaan. Mereka berharap si anak dapat membantu mereka untuk membeli tanah, rumah dan membaiki kubur sanak saudara. Kerana kesedihan, pada suatu hari Si Setia Swallow telah cuba untuk membunuh diri. Beliau telah terjun kedalam  sebuah sungai. Maharaja telah menyelamatnya, namun kerana rasa bersalah, lalu Maharaja pun telah pergi meninggalkan teman nya yang setia itu.

Dalam perjalanan, kesusahan sebenar baru dialami. Kalau dahulu Si Setia Swallow sentiasa menjadi pengantara dan pelindung, kini Maharaja telah bersendirian. Beliau  menggadaikan rantai pusaka yang berharga untuk meneruskan perjalanan. Beliau, mahu ke Pinzhou, bandar sarkis yang pernah satu masa dahulu beliau lawati. Beliau mahu mencapai hasrat beliau untuk menjadi penghibur sarkis yang berjaya.

Tidak lama, Maharaja pun telah tiba di sebuah bandar, lalu menginap di sebuah hotel. Tanpa di sangka-sangka. di situ beliau telah ditemukan kembali dengan si cinta hatinya, Lady Hui. Si Cantik Hati kelihatan begitu cantik, ceria dan hidup dengan bahagia. Maharaja tumpang gembira kerana kini si cinta hati telah hidup bebas bagaikan seekor burung. Si cinta Hati kini hidup sebagai seorang pelacur.

Keesokan harinya, dengan berat hati Maharaja telah meninggalkan si cinta hati dan untuk meneruskan perjalanannya ke ke Bandar sarkis Pinzhou. Tanpa disangka-sangka Si Setia Swallow telah muncul semula dihadapannya.  Lalu, mereka pun berpelukan sambil bertangisan. Hubungan seorang Maharaja dan orang suruhan, yang dahulunya adalah orang rakan, kini bertukar menjadi 2 orang saudara yang saling menyayangi.

Akhirnya mereka telah sampai di Bandar sarkis Pinzhou. Berbekalkan dengan sedikit wang, mereka telah menginap di sebuah rumah, dan membeli beberapa peralatan sarkis iaitu seutas tali dan kayu blok pengimbang. Setelah membuat pelbagai persiapan, mereka memulakan latihan setiap hari dan tanpa henti. Maharaja berlatih berjalan di atas tali, manakala Si Setia Swallow pula berlatih mengimbangkan blok kayu. Setiap kali berlaku kecederaan, Maharaja tidak akan berputus asa. Pada satu hari tanpa diasangka2 Maharaja benar2 telah dapat mengimbangkna diri sambil berjalan di atas tali. Ternyata usaha beliau telah berahasil. Dengan nada gembira, beliau berteriak – lihat lah dunia. Kini saya boleh berjalan atas tali. Saya boleh tebang seperti burung. Saya lah Maharaja yang boleh berjalan di atas tali.

Dari kejauhan, seorang kanak2 perempuan yang comel menjadi  pemerhati yang setia mereka. Beliau bernama Jade Locket dan berusia 8 tahun,. Keindahan raut wajah nya sering mengingatkan Maharaja kepada cinta hati nya. Namun, Si Comel Jade locket adalah seorang anak kecil yang sering di dera oleh ibubapa nya. Baliau sering lari mendapat perlindungan dari si setia Si Setia Swallow. Melihat kasih saying itu, pada suatu hari ketika beliau di kasari, Maharaja telah membeli Si Comel dari ibubapa itu. Bagi Maharaja, si Comel adalah hadiah istemewa untuk  temannya yang setia. Tidak lama, Si Comel juga dilatih mengimbang blok kayu, sehingga boleh membuat persembahan.

Kini Maharaja, Si Setia Swallow dan Si Comel telah menjadi sebuah kumpulan penghibur sarkis danmenggelarkan kumpulan mereka sebagai kumpulan sarkis di raja. Mereka bergerak membuat persembahan dari satu bandar ke satu Bandar. Persembahan sarkis mereka mendapat sambutan orang ramai. Jumlah kutipan wang juga, amat memberangsangkan. Tidak lama kemudian, ahli kumpulan juga telah bertambah menjadi seramai 18 orang, dan mereka mempunyai 20 kepakaran sarkis yang berlainan.

Dalam kegembiaraan dengan kejayaan, Maharaja masih mengingati cinta hatinya. Pada suatu hari beliau telah kembali ke hotel di mana tidak lama dahulu, beliau bertemu Si Cinta Hati . Malangnya si Cinta Hati telah pergi entah ke mana. Walau pun keciwa, Maharaja tetap gembira apabila memikirkan kebebasan yang sedang di kecapi oleh Si Cinta Hati nya. Kini, kedua mereka telah bebas bagaikan seekor burung yang bebas terbang, tetapi hanya ke arah yang berlainan.

Pada suatu hari, kumpulan sarkis diraja telah tiba di bandar kelahiran iaitu Bandar Xie. Setiba mereka di sana, keadaan empayar berada dalam keadaan yang teruk sekali. Kematian akibat peperangn telah berlaku dnegn dahsyat. Namum sebaik sahaja mereka mahu berpatah balik, telah berlaku kecelekaan.  Dalam kekecohan itu, Si Setia Swallow telah sempat menyembunyikan  Maharaja yang di sayangi nya di satu tempat yang selamat. Sebelum pergi, beliau sempat berkata – Tuanku, saya sanggup mati untuk Tuanku. Itu lah kali terakhir Maharaja mendengar suaranya.

Setelah keadaan reda. Maharaja pun telah keluar dari tempat persembunyian. Beliau mencari ahli kumpulan sarikis nya. 15 dari ahli kumpulannya telah meninggal dunia, termasuk Si Setia Swallow dan Si Comel Jade Locket. Ketika mereka mayat di jumpai, Si Setia sedang memeluk Si Comel dalam dakapannya, manakala Si Comel memeluk erat blok kayu pengimbangnya. Laku menangislah Maharaja teresak-esak kerana kesedihan. Maharaja telah kehilangan sahabat dan saudara nya. Kini Maharaja telah tinggal keseorangan. Dalam kesedihan, Maharaja telah mengebumikan kedua mayat itu. Dan kerana keletihan beliau telah tertidur di pusara tersebut. Beliau telah bermimpi melihat langit hampir rapat kepadanya. Ketika itu, kelihatan sekawan burung-burung riang, telah telah terbang bebas menuju ke langit yang lain.

Bandar Xie masih berada didalam keadaan huru hara. Ramai rakyat telah mati dan kelihatan mayat tentera bergelimpangan dijalanan. Kebakaran besar telah belaku disana sini. Perampas tahta, si iri hati Duanwen telah di bunuh selepas menduduki tahta hanya selama 7 bulan. Ternyata sumpahan si gila sun Xin telah benar2 berlaku. Masih ingat si gila yang sering berlegar-legar di sekitar istana dan menjerit-jerit sambil mengeluarkna kata2 sumpahan? Ternyata beliau bukanlah seorang yang gila. Beliau adalah tukang tilik masa hadapan yang mahir, dan yang sayangkan Maharaja dan negaranya.

Kini  keseemua ahli keluarga diraja telah mati. Ada yang di bunuh, di sembelih dan ada yang membunuh diri sendiri. Kini hanya tinggal Maharaja yang bernama Duanbai, yang telah hidup dalam pembuangan dan menjalani kehidupan sebagai seorang rakyat biasa.

Hidup harus di teruskan, dan dalam kesedihan, Maharaja mahu memulakan perjalanan keluar dari bandar Xie. Ketika  menyusuri sebuah pasar, dari kejauhan beliau telah terpandang akan Si Cinta Hati nya, Lady Hui. Beliau kelihatan kusut masai dan seperti orang gila yang berpenyakit. Beliau sedang duduk sambil menjual kertas-kertas puisi yang katanya,  telah di tulis oleh Maharaja. Maharaja melihat si Cinta Hati dengan sedih dan sayu.  Si cinta hati ingin jadi burung yang bebas, kini telah terbang bebas terbang ke langit nya tersendiri.

Maharaja meninggalkan Bandar xie,iaitu bandar kelahiran dan pemerintahan nya nya buat kali terahhir. Tidak lama, beliau telah sampai ke biara Bitter Bamboo Monastery, tempat kediaman mentor kesayangannya, iaitu mentor Jeu Kong. Namun Mentor Jue Kong telah lama meninggal dunia. Semasa hayat, beliau telah membangunkan biara itu dan kawasan di sekitarnya. Beliau telah menanam padi dan sayur-sayuran. KIni, kesemuanya itu telah di tinggalkannya untuk  Maharaja. Maharaja juga telah menemui berus lukisan yang di milikinya semasa beliau tinggal di istana. Ternyta Mentor Jue Kong amat merinduinya dan sentiasa menanti akan kehadirannya.

Setiap malam selepas itu, Maharaja mula mentelaah risalah misteri The Analects yang telah di tinggalkan oleh Si Mentor Jue kong untuk nya. Beliau berkata “ kadang-kadang saya merasa risalah hikmah ini mempunyai segala kecerdikan di dalam dunia. Kadang-kadang saya tidak mendapat apa-apa dari nya”. Sejak dari itu, Maharaja menjalani kehidupan dengan tenang dan bahagia, sebagai seorang  sami

Tidak lama pembanguan penempatan telah berlaku disekitar kawasan itu. Dan setiap pagi selepas itu, kelihatan seorang sami dalam keadaan aneh, akan berjalan di atas tali, samada berjalan dengan cepat2 atau sekali sekala sambil menggangkat kakinya, dengan penuh gaya.

Sekian.

Leave A Comment