Mari bercerita - Bahagian 2

Tiada kaitan dengan jahitan atau membuat bunga - kenapalah saya telah terjebak dengan aktiviti ini :)


Bahagian ke dua

Bahagian ke dua membawa Maharaja ke zaman dewasanya. Beliau melalui zaman percintaan, perkahwinan dan pergolakan keluarga yang akhirnya, menyebabkan beliau telah membuat keputusan untuk turun tahta dan menjadi rakyat biasa.

Seorang watak wanita bernama Si Cinta Hati Lady Hui telah di perkenalkan. Beliau adalah seorang wanita yang sangat cantik (tidak juling), bijak dan adalah cinta sejati Maharaja. 



Walaupun Maharaja telah pun berkahwin dengan si Puteri Juling, si cinta hati telah di bawa ke istana dan menjadi perempuan simpanan kegemaran Maharaja. Kali pertama ketika si cinta hati berjumpa Maharaja di taman istana, kelihatan burung-burung di taman, telah terbang meninggalkan taman istana. Simbolik itu memberitahu bagaimana kahadiran Si Cinta Hati di istana, tidak di sukai oleh maharani, ibu tiri dan kesemua perempuan simpanan Maharaja yang lain.

Sejak tiba ke istana, Si Cinta Hati telah mengalami pelbagai penderitaan. Beliau telah hidup bagaikan seekor burung di dalam sangkar. Kerana tidak sanggup melalui banyak lagi tohmahan dan penderitaan, dan dengan izin Maharaja, pada suatu hari Si Cinta Hati telah pergi meninggalkan istana. Ketika meninggalkan istana, beliau tidak membawa apa-apa kecuali kertas bertulis puisi cinta yang telah di tulis oleh Maharaja untuknya. Di penghujung buku ini, tulisan puisi ini juga akan ada ceritanya

Selepas 8 tahun menjadi Maharaja, pada satu hari Nenda Maharaja telah jatuh sakit. Sebelum kematian, beliau telah memanggil Maharaja untuk memberitahu satu rahsia. Di pinggang nya terikat satu kocek kecil berisi satu surat. Ia adalah surat wasiat dari mendiang Maharaja yang berbunyi – Anak sulung beta Putera Duanwen adalah pengganti empayar ini. Maharaja merasa sangat kecewa, sedih dan terpedaya. Kerana menjadi Maharaja beliau menghadapi pelbagai masalah. Dan kerana menjadi Maharaja, beliau terpaksa berpisah dengan cinta hati nya. Di akhir cerita ini pembaca mungkin boleh membuat kesimpulan sendiri kenapa nenda beliau telah membuat pilihan ini dan mengenepikan wasiat yang sedia ada.  

Benar seperti kata sumpahan  Si Gila  Sun Xin, tidak lama Empire Xie berada dalam keadaaan huru hara. Peperangan dan kemiskinan telah melanda. Panglima perang utama telah di bunuh oleh Si Iri Hati Duanwen. Bonda Maharaja juga telah membunuh diri.  Dalam kecelaruan itu, Si Iri Hati telah mengambil kesempatan untuk merampas tahta. Setelah mengingati semula wasiat ayahda, Maharaja telah membuat keputusan untuk turun tahta dan menyerah kan jawatan Maharaja kepada Si Iri Hati dengan secara aman.

Sehari sebelum meninggalkan istana adalah saat yang menyedihkan. Maharaja berkata kepada Si Setia Swallow – Saya tidak mampu untuk berbuat apa-apa lagi, saya adalah seorang Maharaja yang gagal! Maharaja bertanya lagi - Beritahu saya Swallow, jika saya perlu meninggalkan istana, apa yang saya mampu lakukan selepas ini?

Si Setia Swallow menjawab – Tuanku akan menjadi penghibur sarkis yang berjalan di atas tali. Dan hamba akan menjadi penghibur sarkis yang boleh mengimbangkan blok kayu. Kita akan sama-sama menjadi penghibur sarkis yang berjaya!

Dalam suasa malam yang menyedihkan itu, seorang Maharaja dan orang suruhannya menangis berdakapan bagaikan dua orang sahabat.

Bahagian 3 (bersambung - tengah edit)

Leave A Comment