Pameran Buku 2012 sedang berlangsung di PWTC, acara tahunan yang sering saya nantikan. Namun pada tahun ini, sekali lagi saya telah tidak menghadirkan diri, di antara lain atas sebab tiada mempunyai peruntukan untuk membuat pembeliah buku-buku baru, yang pasti sukar saya halangi, sekiranya menjejakkan kaki ke sana. Sebagai ganti, saya telah pergi ke Perpustakaan Awam di Shah Alam.
Kali terakhir saya mengunjungi perpustakaan awam adalah pada sekitar tahun 2009, iaitu ke Perpustakaan Negara di Jalan Tun Razak. Motivasi asal ke sana adalah untuk mencari buku novel klasik cina, yang saya tidak temui dijual di mana-mana kedai buku. Ketika itu, saya baru sahaja selesai membaca 4 volume novel cina yang bertajuk "The Journey to the West, dan mendapati novel klasik cina, adalah suatu bacaan yang luar biasa dan telah mengubah persepsi saya yang selama ini, kurang menggemari novel.
Pada minggu lalu, setelah selesai seminar percuma di PPKS, saya telah pergi ke lokasi perpustakaan lama, iaitu berhadapan dengan Bangunan Maybank di Seksyen 14. Setiba di kaunter pertanyaan, saya diberitahu bahawa perpustakaan telah berpindah ke lokasi baru sejak bulan Julai tahun lalu.
Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam di Seksyen 13 ini terletak bersebelahan dengan Kelab Golf Sultan Abdul Aziz. Kelihatan seperti sebuah bangunan yang baru di bina, agak mengkagumkan kerana perpustakaan ini juga di lengkapi dengan gymnasium, bilik mesyuarat, bilik komputer, eskalator automatik - sesuatu anda tidak akan temui dimana-mana perpustakaan awam lain, termasuk Perpustakaan Negara di Jalan Tun Razak. Semuanya hampir sempurna, kecuali lokasi yang agak jauh dari pengunjung awam sebenar. Saya di beritahu, perkhidmatan shuttle percuma hanya diadakan pada hari minggu sahaja.
Setelah membuat pendaftaran (percuma), saya terus pergi ke tingkat 5 untuk mendapat kan beberapa buah buku, namum seleksi genre yang di cari adalah agak terhad. Dalam tidak sedar, saya sudah mengumpul 6 buah buku untuk di pinjam. Namum, saya terpaksa meninggalkan 3 buah buku di atas kaunter pendaftaran, kerana hanya 3 buah buku dibenarkan untuk dipinjam.
 |
bangunan perpustakaan |
 |
landscape yang menarik - bersebelahan dgn tasik |
 |
direktori - macam tak percaya ada gymnasium |
 |
escalator automatik |
 |
susunan rak buku di tingkat 5 |
 |
ruang membaca ala santai |
 |
ruang komputer |