A Fixer


Days behind schedule. The first 1000 words is done, another 14,000 to go. Need just anything to fix this. Need to warm up somewhere, and the only subject I have with me right now is only tv. It is good to be a fixer, but don't fix and at the same time, destroy it :)

Semalam adalah hari menonton KUWTK. Kisah pasangan Jenner yang telah lama berpisah tetapi masih mengunjungi. Perangai Kris si isteri yang suka memerintah, mengkritik dan membuat keputusan tidak disenangi.

Pada satu hari Bruce datang ke kediaman si isteri dengan alasan merindui anak perempuannya, Kylie. Beliau duduk di dapur sambil menghabiskan sanwic yang tidak tahu tidak habis dimakan oleh siapa dan ditinggalkan. Kris membuat kesimpulan Bruce kelaparan dan sejak berpisah tidak pandai menjaga diri dan pemakanan.

Sebagai seorang bekas isteri yang bertanggungjawab, Kris masih mahu menjaga kebajikan bekas suami. Keesokan hari, beliau pergi membeli barang-barang harian. Gelagat beliau memenuhkan ruang peti sejuk dengan pelbagai makanan di perhati si suami dan disambut dingin. Beliau memberitahu beliau tahu menjaga diri.

Kris tidak berkecil hati. Beliau kemuduan berfikir pula cara untuk  mendekatkan pertalian ayah dan anak yang telah merenggang. Kris berfikir melakukan aktiviti bersama adalah satu jalan. Beliau gembira untuk membaiki keadaan.

Temu janji pertama dibuat di sebuah sesi yoga. Kedua Bruce dan Kyle hadir tetapi dengan separuh hati. Kylie bermuka muram kerana tidak meminati aktiviti yoga. Bruce pula asyik berkata beliau perlu keluar bertemu kawan-kawan. Bruce tahu, Kris sedang "membaiki", dan beliau tidak digemarinya. Temu janji pertama tidak menjadi. Kris tidak patah hati.

Kris memasang agenda ke dua. Kali ini beliau membawa kedua mereka melakukan aktiviti rock climbing. Kerana teruja, Bruce kali ini lebih bersedia untuk melakukannya. Begitu juga dengan Kyle. Kris sudah tersenyum gembira dan tidak sabar untuk meraikan kejayaan.

Tetapi sesuatu yang dijangka terjadi. Sebelum acara bermula, Kris memulakan perbualan bersama anaknya. Beliau telah membangkitkan sedikit isu kecil, dan bermulalah perbalahan. Kyle berang dan berlalu pergi. Bruce hampir boleh mengagak apa yang telah terjadi. Seperti biasa, setiap kali Kris membaiki, beliau juga akan memusnahkannya.
 

 

Leave A Comment