HOM dan Cabutan Nombor Bertuah

Herbalife - Hari ke 30. Saya dapat cabutan nombor bertuah di HOM


2 hari tak makan Herbalife, sbb dah habis stok - gara-gara terhegeh-hegeh buat keputusan untuk menjadi ahli (dan dapat membeli dengan harga lebih murah). Pada sebelah malam, saya menghadiri HOM (Herbalife Opportunity Meeting) pertama di klang. Sebelum masuk, ada jemputan untuk menulis nama kerana ada cabutan bertuah untuk para jemputan, iaitu hadirin macam saya. Acara seterusnya, testimonial kesihatan, testimonial wang, testimoni kesihatan diri sendiri dan teman, dan macam-macam yang HOM perlu ada. Suka berada dalam kumpulan orang-orang yang bersemangat, dan positif juga - baik untuk kesihatan minda. Dihujung acara, nama saya di panggil kerana telah menjadi si bertuah - mendapat cabutan bertuah itu. Set coaster untuk minuman Herbalife, pesan Puan Pemberi Hadiah, dan bukan untuk lapik teh tarik atau seumpama :)  

Leave A Comment