Full Body Scan



Menjaga kesihatan diri adalah sangat penting, tidak kira pada usia. Hanya 5 minit, anda akan mengetahui:

1. % lemak luar 
2. % air dalam badan 
3. Jisim otot 
4. Umur Metabolik 
5. Jisim tulang
6. Lemak viseral (Visceral Fat)




Body Scanner

Mesin ini dapat memberi tahu indikasi kesihatan anda dan akan membantu anda untuk memantau perubahan cara hidup dan pemakanan anda. Ia membantu:

1. Mengenal pasti jika diet yang diamalkan adalah sihat
2. Memberitahu jika program kecergasan yang di amalkan adalah berkesan
3. Memberitahu jika anda berisiko untuk mendapat diabetes dan penyakit jantung
4. Membantu anda untuk mencapai objektif kesihatan dengan pemantauan dari semasa ke semasa.

Bagaimana Mesin ini Berfungsi

Mesin ini menggunakan analisa Bio-Elektrik Impedence (BIA) yang menghantar isyarat elektrik  rendah ke sistem badan melalui "footpads yang telah di patenkan. Isyarat yang di hantar melalui cecair di dalam otot dan tisu badan akan melalui rintangan oleh kandungan lemak dan kandungan cecair di dalam badan. Rintangan ini telah di formula kan untuk memberi bacaan berkenaan komposisi badan anda.

Apakah informasi yang perlu anda tahu
1. Berat badan
2. Ketinggian

Info tambahan.
1.  % lemak luar
Lebih tinggi % lemak luar, lebih tinggi risiko untuk mendapat darah tinggi, masalah jantung, kencing manis dan kanser.

2 % air dalam badan
- kandungan cecair di dalam badan yang rendah akan melemahkan fungsi badan dan memberi risiko masalah kesihatan. % lemak luar akan meningkat jika % air dalam badan  rendah.

3. Jisim otot
Lebih tinggi jisim otot, lebih banyak tenaga akan di perlukan oleh badan, membantu merendahkan kalori dan merendahkah % lemak luar.

4. Umur metabolik
Menunjukkan umur sebenar berbanding purata umur metabolic. Umur metabolik melebihi umur sebenar menunujukkan keadaan kesihatan yang tidak bagus.

5. Jisim Tulang
Menunjukkan jumlah tulang (tahap mineral tulang, kalsium atau mineral lain) dalam badan. Penting untuk indikator kesihatan tulang badan.

6.  Lemak viseral
Kandungan lemak yang di dalam rongga abdomen dalaman, yang mengelilingi organ-organ penting di kawasan perut. Tahap lemak viseral sihat boleh mengurangkan risiko penyakit-penyakit tertentu (penyakit jantung / tekanan darah tinggi / kencing manis)


Hubungi kami jika anda berminat untuk mendapat konsultasi percuma ini.

Leave A Comment