Novel:Keroncong Untuk Adsense

Prolog

Seminggu yang sunyi, iklan telah terpapar! Bingo! Saya teruja, bukan kerana telah terpapar iklan kasut, atau handbag atau mesin jahit atau tudung2 itu,  tetapi kerana seminggu yang sunyi telah mengajar saya sesuatu yang berguna iaitu – apa pun org cakap,  cuba dulu baru tau. 


jam-radio. sebelah tu tupperware berisi biskut



Seminggu yang sunyi – tidak di teman radio atau pun tv. Hanya menampal kan diri di hadapan pc. Begitulah keasyikan saya melayan subjek baru untuk minggu ini iaitu menampal iklan Adsense di blog.

Empat design kerongsang baldu telah siap miggu lalu,  dan saya akhirnya saya dapat mencuri masa untuk menunaikan janji pada diri sendiri, iaitu mencuba membuka akaun dengan Adsense.

Apakah Adsense
Sama seperti Nuffnang, advertlet dan proram pengiklanan lain (yang saya sendiri kurang tahu), Adsense adalah program pengiklanan di punyai google yang melayakkan sesiapa sahaja yang mempunyai web atau blog untuk membuat duit. Nak buat duit macam mana, sila google sendiri.

Bagaimana untuk menyertai Adsense
Anda hanya perlu melawat laman web adsense, login dan isikan setiap kotak-kotak dengan butir-butir yang lengkap. Jangan lupa sertakan link kepada halaman blog yang akan di tampal iklan. Tekan ‘hantar”. Pendek kata, buat aje

Saya silap
Berhenti! Jangan terus buat aje. Nanti anda akan tersilap, seperti yang telah terjadi kepada saya. Kerana terus buat aje, saya telah menghantar permohonan untuk blog ini - yang di tulis dalam bahasa Malaysia!. 
Dan akibat “terus buat aje”, keesokan hari  saya mendapat reply dari Adsense seperti ini:
We did not approve your application for the reasons listed below.

Issues:
- Unsupported Language

Malunya. Fikiran saya ketika itu berkata - kalau aku jadi Admin Adsense, dan lama aku ketuk kepala budak ni kuat-kuat J

Belajar dari kesilapan
Seminggu yang sunyi, saya duduk diam-diam sambil mengenangkan nasib diri. Saya  membuka kembali email yang telah Adsense hantar. Ada beberapa link telah di sertakan, diantaranya adalah pasal TOS. Malasnya nak baca.

Apakah TOS
TOS ada abbreviation pendek bagi Term of Service, dan dalam bahasa melayu pendeknya – syarat-syarat yang dikenakan oleh Google kepada mereka yang ingin menyertai Program Google Adsense.  Panjang sungguh syaratnya. Nak tau lagi? Bacadi sini

Apa kata Forumer
Seminggu yang sunyi – tidak di teman radio atau pun tv.
Saya mengambil initiif untuk membuat bacaan dan kajian tentang Adsense dengan lebih mendalam. Dari perbincangan forum-forum, rata-rata mengatakan syarat Adsense adalah sangat ketat sekali. Ada yang telah menghantar permohonan berkali-kali dan masih tidak diluluskan. Ada juga yang telah lepas pada peringkat satu, dan tersangkut pada peringkat seterusnya. Ada yang telah lulus, dan kemudian telah di ban. Ada yang memohon kembali, dan menunggu bermingu-mingu, berbulan2, malah bertahun.
Habis kahtam bacaan, saya masih teringat-ingat apa yang forum-er kata.

Blog Bahsa Inggeris
Seminggu yang sunyi – tidak di teman radio atau pun tv
Saya membuka kembali blog berbahasa Inggerisyang tidak di update sekian lama.Kewujudan yang kebetulan dan bukan kerana bahasa inggeris yang pandai mana. Sekadar memberi laluan kepada pengunjung luar negara untuk faham apa yang saya tulis. Nak guna gadget google translate nanti “my beaded bag” akan di translate menjadi “saya manik beg”

Rombakan cabinet
Seminggu yang sunyi – tidak di teman radio atau pun tv
Saya duduk diam-diam untuk membuat rombakan secara besar-besaran. Pertama, dengan menambahkan entri bagi post-post dari blog utama yang telah tidak sempat di terjemahkan. Ke dua, meng “kiv” post sebagai draf kepada entry yang perlu di terjemah dengan bahasa teknikal yang akan mengambil masa. Ketiga, membuang segala image yang tidak di support dengan backlink. Ke empat, mengemaskini tagging, dan menu-menu yang sedia kala. Ke lima, mengingat2 kembali kalau ada kata-kata cerca atau nista yang pernah digunakan dalam mana-mana entri, samade dengan niat atau tidak, atau samada untuk suka-suka atau kerana sudah menjadi bahasa kebangsaan ketika menulis. Ke eman, mengingat-ingat kembali kalau-kalau ada entry yang telah saya “plagia” dengan mudah dari mana-mana -tiada, semua nya asli dan hasil tulisan sendiri.

Memohon kembali
Seminggu yang sunyi – saya memasang semula jam-radio usang dengan dialer analog yang telah lama tidak berfungsi. Telah berusia lebih 10 tahun, dan kerana dialer nya telah lama rosak, tidak dapat di ketahui stesyen mana sedang berkumandang. Cuma perlu meneka-neka sendiri selepas itu.

Yakin telah sempurna, saya menghantar semula permohonan yang teleh di tendang. Saya membuka kembali akaun Adsense sementara yang telah di "create" pada permohonan pertama, untuk menukar link blog kepada link bahasa inggeris yang telah sempurna di rombak.
Kerana link tidak boleh di edit, saya telah menghantar email reply kepada adsense dan bertanya – saya ingin membuat permohoan kembali, untuk link yang di tulis dalam bahasa berbahasa inggeris, tetapi tidak tahu bagaimana. Link adalah seperti ini - link di tampal dan ditekan butang "hantar"
Selesai sahaja, saya menyandar ke kerusi dan masih teringat-ingat apa yang forum-er kata.
Sunyi
Seminggu yang sunyi , saya mengetuk2 jam radio beberapa kali, untuk memulihkan dialer yang telah rosak. Sia-sia, dan hanya menambah kerosakan.

Saya mengintip peti surat untuk kali ke dua, kalau-kalau ada jawapan dari Adsense. Sudah 2 hari dan tidak mendapat sebarang respon. Saya tergerak hati, untuk kembali login kepada akaun adsense sementara yang telah di "create" dan bingo! Penukaran link telah di enable. Saya menukar kepada link yang baru dan menekan butang “hantar” untuk permohonan kali ke 2
Saya menyandar ke kerusi dan saya masih teringat-ingat apa yang forum-er kata  
Keroncong
Seminggu yang sunyi – radio sedang memainkan koleksi-koleksi lagu keroncong yang aneh. Pelbagai jenis lagu pop, moden dan asli telah di beri nafas baru dengan komposisi keroncong yang saya kira, agak ok.
Saya menyelak peti surat gmail sekali lagi kalau-kalau ada perkembangan. Tiada jawapan.
Saya menyandar ke kerusi dan saya masih teringat-ingat apa yang forum-er kata.
Saya melayani lagu-lagu keroncong sehingga lewat pagi.

Partial review
Seminggu yang sunyi – saya mencari-cari stesyen yang memainkan koleksi lagu kerongcong - tiada jumpa. Saya mengingat-ingat kembali, samada perlu mendail ke kiri atau ke kanan - telah hilang daya ingatan.

Saya membuka kembali peti email, untuk menjenguk kalau-kalau ada khabar dari Adsense. Kosong  Saya tergerak hati untuk login ke akaun adsense, dan dan bingo! Tertulis di situ >>>. Your account is partially approve and under review. Akaun kosong, hanya ada nama dana alamat surat menyurat. Ada harapan ke ni?
Saya menyandar ke kerusi dan masih teringat apa yang forum-er kata 

Masih partial review
Seminggu yang sunyi – saya mendengar irama keroncong. Rupanya Stesyen itu adalah stesyen best 104. Dan lagu keroncng hanya ada pada sebelah malam sahaja. 
Kali ini saya sudah tahu. Tidak perlu menyelak peti gmail lagi, teteapi terus login ke akaun adsense. Masih berstatus sama.
Saya menyandar ke kerusi dan saya masih teringat-ingat apa yang forum-er kata 

Lulus Proton!
Seminggu yang sunyi, matahari terbit dengan ceria, walau sesekali semput-semput menyemburkan cahaya ,di sebalik jerebu yang melanda .

Saya melogin ke akaun adsensse dan Bingo! Permohonan saya telah di luluskan! Code juga telah tersedia untuk di tampal dimana-mana yang saya suka. Kerana template blog yang digunakan telah built-in dengan ruang untuk pengiklanan adsense, saya hanya perlu klik-klik sahaja dan memilih saiz iklan yang hendak di pamerkan.
Saya menyandar ke kerusi dan saya masih teringat-ingat apa yang forum-er kata 

Kotak iklan kosong
Seminggu yang sunyi, hujan turun di sebelah pagi dan jerebu sedikit telah berkurang.
Ruanagan iklan masih kosong. Itu yang telaah diberitau siap-siap oleh adsense didalam emailnya. Akhirnya ada jugak email. Kalau tak kene pandai-pandai fikir sendiri. Saya menyandar ke kerusi dan saya masih teringat-ingat apa yang forum-er kata 

Iklan kasut, henbeg dan Tudung
Seminggu yang sunyi, saya kembali memasang tv dan radio. Teman lama setiap kali menampalkan diri di hadapan pc.

iklan telah terpapar! Bingo!
Saya nampak iklan mesin jahit jenama "Rose" berharga RM688, dan hampir menekan. Awas jangan tekan, kerana nanti kene ban. ( Saya  sahaja yang tak boleh tekan, orang lain boleh)
Saya teruja, bukan kerana telah terpapar iklan kasut, atau handbag atau mesin jahit atau tudung2 itu,  tetapi kerana seminggu yang sunyi telah mengajar saya sesuatu yang berguna iaitu – apa pun org cakap,  cuba dulu baru tau. 
Saya bangun dan tidak menyandar lagi

Epilog

Seminggu yang bising kerana saya sekali gus memasang radio dan tv. Telinga keliru untuk mendengar yang man. Mata masih terfokus kepada pc.
Saya menyemak kembali jumlah pengunjung yang sedia ada, dan bertanya – boleh buat duit ke sbb pengunjungnya sedikit belaka.

Saya positif dan berkata “ setiap sesuatu harus bermula dangan “bermula” J
Saya baring dan tidur.

Leave A Comment